Monday, September 16, 2013

coretan 16/9/13

sudah 11 hari abah pergi menyahut panggilan ilahi,bersemadilah  abah dengan tenang.kami semua mendoakan agar roh abah dicucuri rahmat.ramai sahabat dan saudara mara yang menyumbang wang  tahlil.
InsyaAllah hari khamis ini 19/9/13 satu lagi majlis tahlil akan diadakan .Majlis tahlil yang ke 5.

Sunday, September 15, 2013

Syukur 1

aku bersyukurkah ? atau aku cuma berlagak syukur tetapi aku tak bersyukur sebenarnya.aku ingin bersyukur, tapi aku cuma insan biasa yang ingin menjadi seperti orang lain.misalnya seperti madihah 20A,atau seperti ...alah pendek ceritanya aku teringin menjadi orang kaya. semua orang ingin menjadi orang kayakan. cumanya yang membezakan aku dan orang lain adalah untuk apa kita nak jadi orang kaya.nanti kita cerita kemudian..kalau ada masa dan kesempatan...pendek cerita, kalau panjang umur.

Catatan 1

kalau dulu aku bercita-cita besar
ingin menjadi pereka
aku juga ingin menjadi doktor atau pensyarah
aku ingin menjadi hampir segalanya
sehingga aku lupa
aku cuma manusia biasa
hanya mampu merancang
dan Tuhan menentukan
rupanya aku taklah sehebat mana

erti cinta

aku pernah kenal cinta
kerana aku pernah terlupa pada segala-gala
pada aneka formula pada aneka penawar jiwa
pada herba mengubat minda penguat jiwa penawar lara

rasanya aku pernah kenal cinta
punca aku hilang kata-kata
hilang peta dan doa-doa
hilang pelbagai rasa
dan...rasanya 
kerna cintalah aku hampir hilang nyawa

namun aku syukur
kerna aku celik mata
aku nampak aneka permata
aneka kaca,zamrud nilam delima

monolog kecil 1



hari ini aku terdengar betapa adanya satu kumpulan yang menggelar diri mereka kelab anti kelantan.dalam internet..macam2 orang meluah perasaan...betapa hati mereka amat amat...entahlah tak jumpa istilah nak gambarkan betapa buruknya hati dan perasaan mereka.ada yang kata orang kelantan ni jahat...perkauman{ entah bagaimana isu perkauman ini begitu menyusahkan mereka yang tidak kelantan ini}. Ataukah terlalu jahatkah orang kelantan ni,sehingga hati mereka terlalu sakit sehingga seluruh rakyat kelantan harus menerima label kejahatan? apabila membaca luahan hati2 mereka ni,ada jugak terasa nak cadangkan supaya kerajaan negeri kelantan mengharamkan penghijrahan rakyat kelantan ke luar negeri. Banyakkan bilangan universiti, banyakkan bilangan sekolah berasrama penuh dan penuhkan tempat2 ini dengan rakyat kelantan.cuma rakyat kelantan...tapi rasanya agak mustahil untuk memastikan itu berlaku, kerana sememangnya rakyat kelantan taklah sebegitu hebat sehingga mereka2 itu boleh amat marah sekali.Tak tahulah apa yang rakyat kelantan {RK} telah perbuat sehingga telah membuat mereka amat terluka sekali.kasihan pulak kepada RK..termasuk aku.tetapi sebagaimana pengalaman aku berada di luar negeri...maksudku terengganu selama 5 tahun..takde pulak aku berkawan dengan orang kelantan je..aku kawan ngan o.trg..aku kawan gak ngan o.sarawak..sampai o.ser ni boleh cakap kelantan sama ngan kita orang.tapi tak pulak dia benci pada kitaorg..pastu..aku duk pula di kulim selama 2 tahun....pun kawan semua sehingga ada sorg tu ingat aku org klumpur.tapi sekarang ini aku dah kehilangan semua kawan2 kerana...akupun tak tahu kenapa...mungkinkah betul seperti yang mereka perkatakan?

kepada lelaki bergelar suami

terima kasih kerna memilihku sebagai isteri
lalu aku mampu melahirkan anak yang sah
juga bermaruah

terima kasih juga kerna menjadikan aku isteri
lalu aku mampu mendapat pahala seorang isteri
yang melayani seorang suami

sesungguhnya melayani seorang suami bukannya mudah
perlukan pengorbanan yang tinggi
terutamanya bila suami itu bukan pilihan hati
juga andainya suami itu bukan jenis yang memahami
hati seorang isteri

namun demi sebuah ikatan suci dengan nama Allah
aku korbankan banyak perkara
kukorbankan hampa dan kecewa
luka demi luka
kucuba senyum semanis kurma
sebagai hiburan hati mu

dan....akhirnya terima kasih sekali lagi
kerana hiburanku membahagiakanmu
walau hatiku hancur bagai debu...
kerana kutahu dan yakini
syurga isteri di telapak kaki suami

Hancur



hatiku kini benar2 hancur.tak tahu nak gambarkan bagaimana rupanya.namun syukurlah....aku masih mampu tersenyum...kadang2 ketawa seadanya...berlakon...seolah tiada apa-apa berlaku...memangnya aku ingin terus berlakon...biar semuanya menjadi rahsia untuk selama-lamanya.cita2ku hampir musnah...seluruhnya...namun aku masih waras...syukurlah...memang aku ingin waras dan ceria untuk selama-lamanya.demi mereka..dan kudoakan semoga mereka bahagia...

bunga