terima kasih kerna memilihku sebagai isteri
lalu aku mampu melahirkan anak yang sah
juga bermaruah
terima kasih juga kerna menjadikan aku isteri
lalu aku mampu mendapat pahala seorang isteri
yang melayani seorang suami
sesungguhnya melayani seorang suami bukannya mudah
perlukan pengorbanan yang tinggi
terutamanya bila suami itu bukan pilihan hati
juga andainya suami itu bukan jenis yang memahami
hati seorang isteri
namun demi sebuah ikatan suci dengan nama Allah
aku korbankan banyak perkara
kukorbankan hampa dan kecewa
luka demi luka
kucuba senyum semanis kurma
sebagai hiburan hati mu
dan....akhirnya terima kasih sekali lagi
kerana hiburanku membahagiakanmu
walau hatiku hancur bagai debu...
kerana kutahu dan yakini
syurga isteri di telapak kaki suami
No comments:
Post a Comment