hari ini aku terdengar betapa adanya satu kumpulan yang menggelar diri mereka kelab anti kelantan.dalam internet..macam2 orang meluah perasaan...betapa hati mereka amat amat...entahlah tak jumpa istilah nak gambarkan betapa buruknya hati dan perasaan mereka.ada yang kata orang kelantan ni jahat...perkauman{ entah bagaimana isu perkauman ini begitu menyusahkan mereka yang tidak kelantan ini}. Ataukah terlalu jahatkah orang kelantan ni,sehingga hati mereka terlalu sakit sehingga seluruh rakyat kelantan harus menerima label kejahatan? apabila membaca luahan hati2 mereka ni,ada jugak terasa nak cadangkan supaya kerajaan negeri kelantan mengharamkan penghijrahan rakyat kelantan ke luar negeri. Banyakkan bilangan universiti, banyakkan bilangan sekolah berasrama penuh dan penuhkan tempat2 ini dengan rakyat kelantan.cuma rakyat kelantan...tapi rasanya agak mustahil untuk memastikan itu berlaku, kerana sememangnya rakyat kelantan taklah sebegitu hebat sehingga mereka2 itu boleh amat marah sekali.Tak tahulah apa yang rakyat kelantan {RK} telah perbuat sehingga telah membuat mereka amat terluka sekali.kasihan pulak kepada RK..termasuk aku.tetapi sebagaimana pengalaman aku berada di luar negeri...maksudku terengganu selama 5 tahun..takde pulak aku berkawan dengan orang kelantan je..aku kawan ngan o.trg..aku kawan gak ngan o.sarawak..sampai o.ser ni boleh cakap kelantan sama ngan kita orang.tapi tak pulak dia benci pada kitaorg..pastu..aku duk pula di kulim selama 2 tahun....pun kawan semua sehingga ada sorg tu ingat aku org klumpur.tapi sekarang ini aku dah kehilangan semua kawan2 kerana...akupun tak tahu kenapa...mungkinkah betul seperti yang mereka perkatakan?
No comments:
Post a Comment