Sunday, September 15, 2013

erti cinta

aku pernah kenal cinta
kerana aku pernah terlupa pada segala-gala
pada aneka formula pada aneka penawar jiwa
pada herba mengubat minda penguat jiwa penawar lara

rasanya aku pernah kenal cinta
punca aku hilang kata-kata
hilang peta dan doa-doa
hilang pelbagai rasa
dan...rasanya 
kerna cintalah aku hampir hilang nyawa

namun aku syukur
kerna aku celik mata
aku nampak aneka permata
aneka kaca,zamrud nilam delima

No comments:

Post a Comment